IKLAN TEMUDUGA POS MALAYSIA - JOB SEEKER 2020

0

Kerja kosong Pos Malaysia terkini 2015

Pos Malaysia Berhad merupakan syarikat awam yang tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Malaysia. Dengan memiliki lebih daripada 16 000 orang pekerja di 700 cawangan seluruh negara, Pos Malaysia Berhad merupakan syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan diharapkan untuk mencapai prestasi yang lebih baik menjelang tahun 2020.


Sehubungan itu, Pos Malaysia mempelawa dikalangan warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan Pos Malaysia Berhad. Jawatan kosong terkini 2015 yang ditawarkan ialah :-

POSMEN GRED NP1

Kelayakan



  • Berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun pada tarikh lantikan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia SPM atau kelayakan yang diiktiaf setaraf dengannya DAN
  • Lulus Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya. ATAU
  • Lulus Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN
  • Lulus Bahasa Melayu peringkat Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dalam bidang yang berkaitan; DAN
  • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya setahun dalam bidang yang berkaitan.
    Calon-calon WAJIB  memiliki lesen memandu kelas B2/D yang sah dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).(calon yang masih dalam tempoh “L” dan “P” bagi kelas B2 tidak digalakkan memohon)
  • Gaji dan Elaun = RM1200.00++ serta banyak kelebihan lain yang menarik lagi
  • TIADA ATAU BEBAS DARI SAMAN JALAN RAYA



Calon yang berminat, bolehlah menghadirkan diri ke Sesi Temuduga Terbuka Pos Malaysia seperti berikut :-


Tarikh : 17 JUN 2015
Hari : RABU
Jam : 8.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
Tempat :
SUMBER MANUSIA
POS MALAYSIA BERHAD
NEGERI SELANGOR
TINGKAT 2, PEJABAT POS BESAR SHAH ALAM
40670 SHAH ALAM, SELANGOR.

Etika berpakaian : SILA BERPAKAIAN PEJABAT DAN KEMAS (SELUAR JEANS DAN BAJU T-SHIRT TIDAK DIBENARKAN)



Calon yang akan menghadiri ke sesi temuduga Pos Malaysia 2015, sila bawa bersama resume lengkap terkini, salinan sijil ASAL dan SALINAN-SALINAN kad pengenalan, lesen memandu, sijil SPM & PMR, sijil berhenti sekolah dan lain-lain sijil dan dokumen berkaitan (semua salinan hendaklah disahkan) berserta 2 keping gambar terkini berukuran pasport.

0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner