KEKOSONGAN TERKINI KERANI AKADEMI BINAAN MALAYSIA - JOB SEEKER 2020

0

Kekosongan jawatan kerani Ogos 2015

Akademi Binaan Malaysia (Selangor) Sdn Bhd adalah sebuah Institusi latihan di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjalankan kursus–kursus  kemahiran berkaitan industri pembinaan di Malaysia



Sehubungan permintaan semakin bertambah, peluang pekerjaan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan Akademi Binaan Malaysia ABM. Jawatan kosong terkini yang ditawarkan ialah :-

1. KERANI PEROLEHAN DAN PENYELENGGARAAN SETOR - Jln Chan Sow Lin KL

Tanggungjawab
  • Menyediakan sebutharga barang gunahabis, alat-alat latihan, kerja-kerja  kecil binaan
  • Menguruskan borang analisa, permohonan pembelian dan jualan
  • Menerima dan mengeluarkan barang guna pakai dari stor pusat dan merekod stok inventori
  • Menyelia kerja-kerja sebut harga
  • Melaksanakan tugas lain dari semasa ke semasa.

Kelayakan
  • Minima SPM / Diploma bidang berkaitan digalakkan untuk memohon
  • Mempunyai sijil kemahiran dan mahir perisian Microsoft Office.
  • Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang 1 tahun adalah suatu kelebihan



2. KERANI (UNIT HUBUNGAN INDUSTRI) - Jln Chan Sow Lin KL

Tanggungjawab
  • Menyediakan laporan bulanan peyelenggaraan
  • Mengemaskini dan melaksanakan proses-proses dokumentasi
  • Memberi bantuan kepada Ketua Unit Hubungan Industri berkaitan perancangan kursus
  • Melaksanakan tugasan lain apabila diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa

Kelayakan
  • Minima SPM
  • Mahir aplikasi komputer terutama perisian Microsoft Office.
  • Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang 2 tahun.

Tarikh tutup : 15 OGOS 2015

Calon yang berminat, bolehlah menghantar resume lengkap terkini dengan menyatakan kelayakan, pengalaman kerja dan salinan sijil-sijil kepada :-



KETUA PEGAWAI OPERASI
AKADEMI BINAAN MALAYSIA (SELANGOR) SDN BHD
LOT 8, SEKSYEN 91, JALAN CHAN SOW LIN
55200 KUALA LUMPUR.

0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner