JAWATAN KOSONG TERKINI EKSEKUTIF CYBERJAYA - JOB SEEKER 2020

0

Kekosongan jawatan Eksekutif Akaun

Rania Resources Sdn Bhd telah diperbadankan sebagai sebuah Syarikat Sendirian Berhad pada tahun 2003 dengan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang Teknologi Maklumat. Syarikat kami memberi fokus dalam bidang perbekalan dan pemasaran produk berkaitan IT (perkakasan / perisian / perkakasan komputer) dan pembangunan perisian, perundingan, reka bentuk dan perkhidmatan dan peralatan pejabat.



Seiring dengan perkembangan semasa syarikat, permohonan dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan Rania Resources Sdn Bhd. Jawatan kosong terbaru yang ditawarkan ialah :- 

EKSEKUTIF PERAKAUNAN - Cyberjaya

Tanggungjawab
  • Melakukan pelbagai tugas perakaunan seperti mengepos, memeriksa, menggabungkan, memasuk data, fail dan lain-lain lagi
  • Menyelenggara set penuh perakaunan
  • Melaksanakan tugasan lain apabila diarahkan oleh Pihak Pengurusan apabila diperlukan
  • Mengendalikan agensi kerajaan dalam hal berkaitan kerja dan membuat tindakan susulan
  • Bertanggungjawab menguruskan operasi perakaunan harian
  • Menyediakan laporan tutup akaun dan pengurusan setiap hujung bulan
  • Menyedia dan mengemaskini Lejar Am seperti jurnal piawaian bulanan, jurnal tambahan / pelarasan,  mengepos urus niaga harian dan nota debit / kredit melalui akaun antara syarikat



Kelayakan
  • Berkelulusan minima Ijazah Sarjana Muda bidang Kewangan / Perakaunan / Perbankan atau setaraf dengannya
  • Boleh bekerja lebih masa untuk menepati tempoh masa yang telah ditetapkan
  • Boleh bekerja secara berdikari dan mempunyai kenderaan sendiri
  • Mempunyai keperibadian yang baik dan boleh bekerja secara berkumpulan dalam persekitaran yang serba pantas
  • Pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan
  • Boleh mula bekerja dengan kadar segera adalah suatu kelebihan

Tarikh tutup : 26 SEPTEMBER 2015

Calon yang berminat, bolehlah menghantar resume lengkap terkini ke emel finance@rania.com.my ATAU hubungi terus Puan Mariana di talian 019-2299 711 untuk sesi temuduga segera.

Alamat :-



Rania Resources Sdn bhd
Suite 4800-3-7,
Jalan Perdana, Off Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.

0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner