TEMUDUGA TERBUKA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA - 06 SEPT 2016 - JOB SEEKER 2020

0

Dewan Bahasa dan Pustaka DBP telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor. Ia dahulu menjadi sebahagian kecil jabatan di bawah Kementerian Pelajaran. DBP bertujuan mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara yang akan merdeka pada ketika itu. Kini DBP beroperasi di bangunan ibu pejabat Menara DBP yang terletak di Kuala Lumpur.

Justeru untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 54 tahun serta berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Dewan Bahasa dan Pustaka DBP. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (RM54/SEHARI) - DBP Kuala Lumpur & Wilayah Timur

Sehubungan itu sesi temuduga terbuka akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 05 & 06 SEPTEMBER 2016
Hari : ISNIN & SELASA
Masa : 8.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG
Lokasi :
BILIK MESYUARAT A.KADIR ADABI, ARAS 29,
MENARA DBP, JALAN DEWAN BAHASA,
KUALA LUMPUR.

Perhatian kepada calon yang akan menghadiri sesi temuduga DBP di atas, sila bawa bersama sijil ASAL dan SALINAN berikut :- kad pengenalan,  sijil SPM, sekeping gambar terkini berukuran passport, sijil Kokurikulum dan lesen memandu (jika ada).

Keterangan lanjut sesi temuduga terbuka DBP di sini



Dapatkan borang permohonan jawatan kosong di sini




Enter your email address:

Delivered by FeedBurner