KERJA KOSONG HOTEL EQUATORIAL - JOB SEEKER 2020

0

Kerja kosong hotel equatorial

Hotel Equatorial Melaka merupakan satu destinasi pelancongan penginapan bertaraf 5 bintang yang tedapat di Malaysia.



Justeru itu, peluang pekerjaan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di hotel kami. Jawatan kosong yang ditawarkan ialah :- 

EKSEKUTIF SETIAUSAHA PEJABAT - Bandar Hilir Melaka

Tanggungjawab


  • Membantu Pengurus Residen melaksanakan pentadbiran dengan baik dan lancar dalam operasi seharian hotel.
  • Melaksanakan tugas mengikut garis panduan dan falsafah Kumpulan Hotel Equatorial berdasarkan visi dan 6 nilai teras ditetapkan. Sentiasa bersikap positif dan boleh bekerja sepasukan dengan semangat yang tinggi
  • Menyambut tetamu dengan senyuman dan penuh sopan-santun setiap masa
  • Mengurus dan mengemas kini semua temu janji dan jadual untuk Pengurus Residen
  • Mengemas kini semua hal berkaitan dengan operasi hotel
  • Melaksanakan tugasan dokumentasi dan kerja-kerja pentadbiran pejabat



Kelayakan
  • Minima Sijil Profesional bidang Kesetiausahaan / Hospitaliti / Pengurusan Hotel atau setaraf dengannya
  • Mahir menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
  • Keutamaan kepada Eksekutif kanan dalam bidang perkeranian / sokongan pentadbiran atau setaraf dengannya
  • Jawatan adalah tetap

Tarikh tutup : 16 MAC 2015


Calon yang berminat, sila emel resume lengkap ke ramlan@mel.equatorial.com.

Alamat :-



Hotel Equatorial Melaka
Bandar Hilir
75000 Melaka.
Tel : 06-282 8333
Faks : 06 282 9333

0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner