TEMUDUGA TERBUKA BANK NEGARA MALAYSIA - JOB SEEKER 2020

0

Kerja kosong Bank Negara Malaysia

Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia berkelayakan yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan Bank Negara Malaysia. Jawatan kosong ditawarkan ialah :-

KONSTABEL POLIS BANTUAN

Kelayakan umum
  • Bersih dari sebarang rekod jenayah
  • Minima SPM dengan kredit dalam 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris
  • Mempunyai tahap kesihatan dan penglihatan yang baik serta tiada sebarang kecacatan fizikal


Syarat Kelayakan Fizikal untuk calon lelaki
  • Tinggi minima 165 sm (tanpa kasut) dan berat badan minima 50 kg
  • Indeks jisim badan diantara 19 hingga 26
  • Penglihatan : Lulus ujian penglihatan dengan ketetapan V/6/9 dan tanpa cermin mata atau kanta lengkap serta tidak buta warna


Syarat Kelayakan Fizikal untuk calon Wanita
  • Tinggi minima 163 sm (tanpa kasut) dan berat badan minima 48 kg
  • Indeks jisim badan diantara 19 hingga 26
  • Penglihatan : Lulus ujian penglihatan dengan ketetapan V/6/9 dan tanpa cermin mata atau kanta lengkap serta tidak buta warna



Sehubungan itu sesi temuduga terbuka akan diadakan seperti berikut :-

1. SARAWAK

Tarikh : 28 FEBRUARI 2015
Hari : SABTU
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pejabat Wilayah Kuching, Jalan Satok, 93000 Kuching Sarawak



2. SABAH

Tarikh : 02 MAC 2015
Hari : ISNIN
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pejabat Wilayah Kota Kinabalu, Jalan Lapan Belas, 88000 Kota Kinabalu Sabah.

Calon yang akan menghadiri sesi temuduga terbuka di atas, sila berpakaian formal dan membawa pakaian sukan lengkap (baju T berkolar, seluar panjang trek, kasut sukan dan stokin) untuk ujian kecergasan dan fizikal


Sila bawa bersama sekeping gambar terkini berukuran pasport (warna), kad pengenalan (asal & salinan depan belakang), penyata gaji 3 bulan terkini (bagi yang berkenaan) dan kebenaran bertulis dari majikan masing-masing untuk anggota Polis Bantuan yang sedang berkhidmat.

0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner