IKLAN JAWATAN KOSONG SMOBOOKSTORES - JOB SEEKER 2020

0

Kerja kosong Syarikat Muda Osman

Syarikat Muda Osman Sdn.Bhd. telah ditubuhkan pada 25 Ogos 1987 di Kota Bharu Kelantan. Objektif syarikat adalah membuka rangkaian kedai buku dan alat tulis serba lengkap yang terkenal di dalam dan luar Kelantan. Dengan kepesatan semasa syarikat menambah cawangan di luar Kelantan, kami membuka peluang pekerjaan kepada individu yang kreatif dan berinovasi untuk sama-sama menyertai pasukan kami.



Sehubungan itu, permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Syarikat Muda Osman Sdn Bhd. Cawangan Tesco Klang. Kerja kosong terkini yang ditawarkan ialah :-

1. PENYELIA

Tanggungjawab
  • Memimpin dan menguruskan operasi cawangan yang dipertanggungjawabkan
  • Memastikan staf mematuhi dan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh syarikat dari semasa ke semasa

Kelayakan
  • Minima diploma
  • Komited sepenuhnya terhadap tugas yang diberikan
  • Boleh bekerja syif atau pada hari cuti umum
  • Berpengalaman dalam bidang penyeliaan



2. PENOLONG PENYELIA
Tanggungjawab
  • Membantu penyelia operasi cawangan


Kelayakan
  • Berkelulusan sijil atau diploma
  • Berkepimpinan
  • Komited sepenuhnya terhadap tugas yang diberikan
  • Boleh bekerja syif atau pada hari cuti umum



3. PEMBANTU PERUNCITAN 

Tanggungjawab
  • Membantu bahagian jualan
  • Melayan pelanggan dan menyusun atur stok
  • Membantu pelanggan untuk membuat bayaran
Kelayakan
  • Berkelulusan SPM
  • Boleh bekerja syif, lebih masa dan hari cuti umum
  • Boleh berdikari dalam melaksanakan tugas sebagai pembantu jualan

Calon yang berminat, sila isi permohonan jawatan kosong secara online (di sini) ATAU bolehlah mendapatkan boran permohonan di cawangan SMO Bookstores berhampiran (bersama resume lengkap terkini bersama salinan kad pengenalan, sijil akademik tertinggi.)


Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami, SMO Bookstores Cawangan Tesco Klang di talian 03-3323 9901.

0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner