TEMUDUGA TERBUKA SMOBOOKSTORE PUTRAJAYA - JOB SEEKER 2020

0

Sesi temuduga terbuka kedai buku SMOBookstore

Syarikat Muda Osman Sdn.Bhd. telah ditubuhkan pada 25 Ogos 1987 di Kota Bharu Kelantan. Objektif syarikat adalah membuka rangkaian kedai buku dan alat tulis serba lengkap yang terkenal di dalam dan luar Kelantan. Dengan kepesatan semasa syarikat menambah cawangan di luar Kelantan, kami membuka peluang pekerjaan kepada individu yang kreatif dan berinovasi untuk sama-sama menyertai pasukan kami.


Justeru itu, permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Syarikat Muda Osman Sdn Bhd. Cawangan Putrajaya. Kerja kosong terkini SMOBookstore yang ditawarkan ialah :-

1. PENYELIA

Tanggungjawab
  • Memimpin dan menguruskan operasi cawangan yang dipertanggungjawabkan
  • Memastikan staf mematuhi dan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh syarikat dari semasa ke semasa

Kelayakan
  • Minima diploma
  • Komited sepenuhnya terhadap tugas yang diberikan
  • Boleh bekerja syif atau pada hari cuti umum
  • Berpengalaman dalam bidang penyeliaan



2. PENOLONG PENYELIA

Tanggungjawab
  • Membantu penyelia ke atas operasi cawangan
Kelayakan
  • Berkelulusan sijil atau diploma
  • Berkepimpinan
  • Komited sepenuhnya terhadap tugas yang diberikan
  • Boleh bekerja syif atau pada hari cuti umum


3. PEMBANTU PERUNCITAN

Tanggungjawab
  • Membantu bahagian jualan
  • Melayan pelanggan dan menyusun atur stok
  • Membantu pelanggan untuk membuat bayaran

Kelayakan
  • Berkelulusan SPM
  • Boleh bekerja syif, lebih masa dan hari cuti umum
  • Boleh berdikari dalam melaksanakan tugas sebagai pembantu jualan


Sehubungan itu, sesi temuduga terbuka akan diadakan seperti berikut :-

PUTRAJAYA

Tarikh : 15 & 16 JUN 2015
Hari : ISNIN & SELASA
Masa : 11.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
Tempat :
SMO BOOKSTORES, C19 & C20,
BAZAAR@8,JALAN P8, PRESINT 8,
62250 PUTRAJAYA.

Perhatian kepada calon yang akan menghadiri sesi temuduga terbuka di atas sila bawa bersama resume lengkap, sijil asal dan salinan berikut :- kad pengenalan, sijil akademik tertinggi dan sekeping gambar terkini berukuran pasport. Jika tidak dapat menghadiri sesi temuduga di atas, sila isi permohonan jawatan kosong berkenaan secara online di sini





0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner