TEMUDUGA TERBUKA POS MALAYSIA SEPTEMBER 2015 - JOB SEEKER 2020

0

Jawatan kosong Posmen 2015 
Pos Malaysia Berhad tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Malaysia sebagai syarikat awam utama negara. Pos Malaysia Berhad merupakan syarikat yang awam kukuh dengan memiliki lebih daripada 16 000 orang pekerja di 700 cawangan seluruh negara.



Seiring dengan perkembangan semasa, permohonan dibuka kepada Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 30 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan Pos Malaysia Berhad. Jawatan kosong Pos 2015 yang ditawarkan ialah :-

POSMEN

Kelayakan
  • Terbuka kepada calon lelaki sahaja
  • Berkelulusan PMR / SPM atau setaraf dengannya
  • Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM atau PMR
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya setahun dalam bidang berkaitan
  • Memiliki sekurang-kurangnya lesen memandu kelas B2 (Wajib) akan diberi keutamaan (Lesen 'L' dan 'P' tidak dibenarkan untuk ditemuduga)



Sehubungan itu, suatu temuduga terbuka Pos Malaysia akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 15 SEPTEMBER 2015
Hari : SELASA
Masa : BERMULA 9.00 PAGI
Tempat :
POS MALAYSIA BERHAD
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TINGKAT 1, PEJABAT POS BESAR
50670 KUALA LUMPUR

Calon yang akan menghadiri sesi temuduga terbuka di atas sila bawa bersama resume lengkap terkini berserta salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu, sainan sijil PMR, SPM, salinan sijil berhenti sekolah, lain-lain sijil & dokumen berkaitan dan DUA keping gambar terkini berukuran pasport. Etika berpakaian adalah kemas dan pejabat (tidak dibenarkan memakai T-Shirat dan Jeans).


0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner