TEMUDUGA TERBUKA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL - JOB SEEKER 2020

0

Temuduga terbuka PTPTN 2015

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN telah mula beroperasi pada 1 November 1997. di Bangunan Wisma Chase Perdana, Jalan Semantan, Damansara Height Kuala Lumpur. Tujuan penubuhannya untuk memberi kemudahan pembiayaan pendidikan tinggi dan mengutip balik pembiayaan, menguruskan skim simpanan serta deposit bagi tujuan pendidikan tinggi.

Sehubungan itu, peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia keutamaan Rakyat Kelahiran Negeri Sembilan yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN. Kekosongan jawatan PTPTN yang ditawarkan ialah :-

EKSEKUTIF PEMASARAN (RM1500++) - N.Sembilan

Kelayakan
  • Berkelulusan minima SPM atau setaraf dengannya
  • Keutamaan kepada calon kelahiran Negeri Sembilan
  • Mempunyai perwatakan yang menarik
  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa
  • Mempunyai kemahiran memujuk dan berunding
  • Boleh menganalisa dengan baik
  • Mempunyai lesen memandu (mempunyai kereta sendiri diberi keutamaan)

Sehubungan itu satu sesi temuduga terbuka PTPTN akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 26 OKTOBER 2015
Hari : ISNIN
Masa : 9.00 HINGGA 4.00 PETANG (PENDAFTARAN DIBUKA SEHINGGA JAM 12.00 THARI)
Tempat :
PEJABAT PTPTN NEGERI SEMBILAN
TINGKAT 3, BANGUNAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN,
JALAN YAM TUAN,
70000 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN.


Keterangan lanjut dan borang permohonan jawatan kosong di sini


Calon yang akan menghadiri sesi temuduga terbuka PTPTN di atas sila lengkapkan borang permohonan jawatan kosong berserta sekeping gambar terkini berukuran pasport, salinan sijil-sijil mengikut susunan berikut :- salinan kad pengenalan pemohon, salinan surat beranak pemohon, salinan SPM, salinan lesen memandu dan lain-lain dokumen sokongan. (Sila datang awal pada hari temuduga nanti).



0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner