PELUANG PEKERJAAN TERKINI CYBERJAYA - JOB SEEKER 2020

0

Iklan kerjaya Rania Resources Sdn Bhd Disember 2015

Rania Resources Sdn Bhd telah diperbadankan sebagai sebuah Syarikat Sendirian Berhad pada tahun 2003 dengan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang Teknologi Maklumat. Syarikat kami memberi fokus dalam bidang perbekalan dan pemasaran produk berkaitan IT (perkakasan / perisian / perkakasan komputer) dan pembangunan perisian, perundingan, reka bentuk dan perkhidmatan dan peralatan pejabat.

Seiring dengan perkembangan semasa, peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi jawatan kosong Rania Resources Sdn Bhd. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

TEKNIKAL IT / JURUTERA - Cyberjaya

Tanggungjawab
  • Melaksana dan menyelenggara aplikasi, sistem, rangkaian dan bantuan workstation
  • Membuat troubleshoot, diagnosis & penyelesaian aplikasi, sistem, rangkaian dan isu-isu workstation
  • Memantau, menganalisa dan menyelesaikan isu IT serta membuat susulan kes dan menyelesaikan masalah tepat pada masanya
  • Memberikan sokongan tentang prosedur dokumentasi dan laporan berkaitan
  • Memberi maklumbalas mengikut had masa yang dipersetujui (SLA)
  • Melaksanakan tugas sehingga selesai (membuat rujukan, bagi hal berkaitan)
  • Mewujudkan hubungan kerja yang baik dengan pelanggan dan pihak ketiga
  • Seorang pekerja berkumpulan yang baik dan boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima

Kelayakan
  • Berkelulusan minima Diploma Sains Komputer / Teknologi Maklumat atau setara dengannya
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
  • Keutamaan kepada calon yang menjurus dalam  Aplikasi IT / Rangkaian / Sistem / Sokongan Workstation
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dengan pengguna di semua peringkat
  • Boleh bekerja secara bersendirian dan bebas serta dalam satu pasukan
  • Graduan baru digalakkan untuk memohon

Tarikh tutup : 31 DISEMBER 2015

Mereka yang berminat untuk memohon hendaklah menghantar resume kepada recruitment@rania.com.my dan nyatakan kelulusan, pengalaman yang berkaitan (jika ada), kemahiran yang berkaitan, tarikh boleh mula bertugas, gaji yang diminta dan maklumat diri (seperti nama, tarikh lahir, alamat,nombor telefon dan sebagainya). Scan dan sertakan gambar sendiri.

Alamat :-

Rania Resources Sdn Bhd
Suite 4800-3-7,
Jalan Perdana, Off Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.



0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner