TEMUDUGA TERBUKA KERANI PTPTN - 02 FEB 2016 - JOB SEEKER 2020

0
Temuduga terbuka PTPTN 2016

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN telah mula beroperasi pada 1 November 1997. di Bangunan Wisma Chase Perdana, Jalan Semantan, Damansara Height Kuala Lumpur. Tujuan penubuhannya untuk memberi kemudahan pembiayaan pendidikan tinggi dan mengutip balik pembiayaan, menguruskan skim simpanan serta deposit bagi tujuan pendidikan tinggi.

Seiring perkembangan semasa, peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2016 untuk  mengisi jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N17 LANTIKAN SAMBILAN

Kelayakan
  • Berkelulusan SPM atau setaraf dengannya
  • Kepuijian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan

Sehubungan itu satu sesi temuduga terbuka PTPTN akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 02 FEBRUARI 2016
Hari : SELASA
Masa :
  • Sesi pagi - 9.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
  • Sesi petang - 2.30 PETANG HINGGA 4.00 PETANG
Lokasi :
DEWAN BESAR PTPTN
TINGKAT 1,
MENARA PTPTN (Dahulu dikenali sebagai Menara Park),
BLOK D, MEGAN AVENUE II,
NO.12, JALAN YAP KWAN SENG,
50450 KUALA LUMPUR
(Sila ambil perhatian mengenai alamat baharu PTPTN)

Calon yang akan menghadiri sesi temuduga terbuka di atas, sila bawa bersama borang permohonan jawatan kosong (dilengkapkan) di bawah berserta sekeping gambar terkini berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak pemohon, salinan sijil SPM dan lain-lain dokumen sokongan.










Enter your email address:

Delivered by FeedBurner