TEMUDUGA TERBUKA PTPTN TERENGGANU - 25 APR 2016 - JOB SEEKER 2020

0

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN telah mula beroperasi pada 1 November 1997. di Bangunan Wisma Chase Perdana, Jalan Semantan, Damansara Height Kuala Lumpur. Tujuan penubuhannya untuk memberi kemudahan pembiayaan pendidikan tinggi dan mengutip balik pembiayaan, menguruskan skim simpanan serta deposit bagi tujuan pendidikan tinggi.

Sehubungan itu, peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia keutamaan Rakyat Kelahiran Dungun Terengganu yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

EKSEKUTIF PEMASARAN (RM1500++) - Pejabat Cawangan PTPTN sekitar Dungun Terengganu

Kelayakan
  • Keutamaan kepada calon kelahiran Dungun Terengganu
  • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran
  • Keutamaan kepada calon yang mempunyai lesen memandu dan kenderaan kereta
  • Mempunyai perwatakan yang menarik
  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa
  • Mempunyai kemahiran memujuk dan berunding
  • Boleh menganalisa dengan baik
  • Mempunyai lesen memandu (mempunyai kereta sendiri diberi keutamaan)



Sehubungan itu satu sesi temuduga terbuka PTPTN akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 25 APRIL 2016
Hari : ISNIN
Masa : 10.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG (PENDAFTARAN DIBUKA SEHINGGA 12.00 T.HARI)
Lokasi :
PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) TERENGGANU
CAWANGAN DUNGUN
TINGKAT 1, BANGUNAN 3 TINGKAT,
JALAN BARU PAK SABAH,
23000 DUNGUN,
TERENGGANU
(Bersebelahan McDonalds)

Calon yang akan menghadiri sesi temuduga terbuka di atas, sila bawa bersama borang permohonan jawatan kosong yang telah dilengkapkan di bawah berserta salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan Sijil Pelajaran Malaysia SPM, salinan lesen memandu dan lain-lain dokumen sokongan.





Enter your email address:

Delivered by FeedBurner