TEMUDUGA TERBUKA KONSTABEL POLIS BANTUAN BANK RAKYAT - 28 MEI 2016 - JOB SEEKER 2020

0

Bank Rakyat telah ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Koperasi 1948 (dikenali sebagai Akta Koperasi 1993). Kini ia merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM82.88 bilion berakhir Disember 2013. Saluran penyampaian yang cekap turut diperluaskan serta sentiasa ditambah baik. Kami terus mengekalkan imej korporat yang mesra untuk menempatkan diri pada asas yang tepat sebagai Bank Pilihan Anda. Kami telah menerima pelbagai pengiktirafan berkaitan industri mahupun sebagai sebuah organisasi baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Seiring perkembangan semasa, peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

KONSTABEL POLIS BANTUAN

Kelayakan Umum
  • Terbuka kepada calon lelaki dan wanita
  • Berumur 18 tahun hingga 28 tahun
  • Berkelulusan SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia
  • Bebas dari sebarang kes jenayah dan mahkamah



Sehubungan itu, satu sesi temuduga terbuka Bank Rakyat akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 28 MEI 2016
Masa : SABTU
Lokasi :
BALAI TAN SRI SHEIKH AHMAD,
TINGKAT 3, MENARA KEMBAR BANK RAKYAT,
33, JALAN RAKYAT, 50470 KUALA LUMPUR

Calon yang berminat, sila bawa bersama dokumen ASAL dan FOTOKOPI salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM / slip peperiksaan, sijil berhenti sekolah dan empat keping gambar.

Keterangan lanjut sesi temuduga terbuka di sini
http://www.1k.com.my/1klassifieds/static/employment/753359-A_300.jpg




Enter your email address:

Delivered by FeedBurner