JAWATAN KOSONG RANIA RESOURCES SDN BHD - 30 JUN 2016 - JOB SEEKER 2020

0

Rania Resources Sdn Bhd telah diperbadankan sebagai sebuah Syarikat Sendirian Berhad pada tahun 2003 dengan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang Teknologi Maklumat. Syarikat kami memberi fokus dalam bidang perbekalan dan pemasaran produk berkaitan IT (perkakasan / perisian / perkakasan komputer) dan pembangunan perisian, perundingan, reka bentuk dan perkhidmatan dan peralatan pejabat.

Selari dengan perkembangan semasa, permohonan dipelawa dikalangan Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi jawatan kosong Rania Resources Sdn Bhd. Kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan ialah :-

1. EKSEKUTIF PERAKAUNAN – Cyberjaya (Kontrak 4-6 bulan)

Tanggungjawab
  • Melakukan pelbagai tugas perakaunan seperti mengepos, memeriksa, menggabungkan, memasuk data, fail dan lain-lain lagi
  • Menyelenggara set penuh perakaunan
  • Melaksanakan tugasan lain apabila diarahkan oleh Pihak Pengurusan apabila diperlukan
  • Menyedia dan mengemaskini Lejar Am seperti jurnal piawaian bulanan, jurnal tambahan / pelarasan,  mengepos urus niaga harian dan nota debit / kredit melalui akaun antara syarikat

Kelayakan
  • Berkelulusan minima Ijazah Sarjana Muda bidang Perakaunan / Perbankan atau setaraf dengannya
  • Boleh bekerja lebih masa untuk menepati tempoh masa yang telah ditetapkan
  • Boleh bekerja secara berdikari dan mempunyai kenderaan sendiri
  • Mempunyai keperibadian yang baik dan boleh bekerja secara berkumpulan dalam persekitaran yang serba pantas
  • Pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan
  • Boleh mula bekerja dengan kadar segera adalah suatu kelebihan


Tarikh tutup : 25 JUN 2016

2. HELPDESK SUPPORT - Cyberjaya

Tanggungjawab
  • Memasukkan data - pangkalan data pelanggan, barangan  dan peralatan
  • Membuat dan menjawab panggilan telefon
  • Berhubung dengan pihak berkaitan secara dalaman dan luaran
  • Melaksanakan tugasan lain apabila diarahkan dari masa ke semasa
  • Memastikan semua dokumen difail dengan betul
  • Mengendalikan kerja berkaitan agensi-agensi kerajaan dan membuat tindakan susulan
  • Mempunyai pengalaman Helpdesk Support adalah satu kelebihan
  • Menjawab panggilan telefon dan berkomunikasi dengan pelanggan

Kelayakan
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya diploma dalam bidang IT / Ijazah Sarjana Muda ataucsetaraf dengannya
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan. Walau bagaimanapun graduan baru juga layak memohon
  • Mampu melaksanakan pelbagai tugas dan boleh bekerja di bawah tekanan
  • Berdisiplin, bersikap positif, bertanggungjawab dan komited terhadap tugas
  • Keutamaan kepada calon yang mempunyai kenderaan sendiri
  • Boleh bekerja lebih masa untuk menepati tempoh masa yang telah ditetapkan
  • Boleh mula bekerja dengan kadar segera adalah suatu kelebihan


Tarikh tutup : 30 JUN 2016



3. LATIHAN INDUSTRI

Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf kerajaan peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjalani latihan industri di Rania Resources Sdn Bhd.

Syarat umum

  • Sekurang-kurangnya CGPA 2.75
  • Tahap kesihatan yang baik
  • Boleh menjalani latihan minima 3 bulan
  • Bidang pengajian : Perakaunan, Sains Komputer, Teknologi Maklumat

Mereka yang berminat untuk memohon hendaklah menghantar resume kepada recruitment@rania.com.my dan nyatakan kelulusan, pengalaman yang berkaitan (jika ada), kemahiran yang berkaitan, tarikh boleh mula bertugas, gaji yang diminta dan maklumat diri (seperti nama, tarikh lahir, alamat, nombor telefon dan sebagainya). Scan dan sertakan gambar sendiri.

Alamat :-

Rania Resources Sdn Bhd
Jalan Perdana, Off Persiaran Multimedia,
Selangor Darul Ehsan.
Suite 4800-3- 7,
63000 Cyberjaya,



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner