TEMUDUGA TERBUKA PTPTN - 19 SEPT 2016 - JOB SEEKER 2020

0

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN telah mula beroperasi pada 1 November 1997. di Bangunan Wisma Chase Perdana, Jalan Semantan, Damansara Height Kuala Lumpur. Tujuan penubuhannya untuk memberi kemudahan pembiayaan pendidikan tinggi dan mengutip balik pembiayaan, menguruskan skim simpanan serta deposit bagi tujuan pendidikan tinggi.

Sehubungan itu, peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 45 tahun untuk mengisi jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N19 - PPN Sabah

Kelayakan
  • Berkelulusan SPM atau setaraf dengannya
  • Kepuijian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan



Sehubungan itu satu sesi temuduga terbuka PTPTN akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 19 SEPTEMBER 2016
Hari : ISNIN
Masa : 9.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANG (PENDAFTARAN DIBUKA SEHINGGA 12.00 T.HARI)
Lokasi :
BILIK MESYUARAT
PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) SABAH
B-01, TINGKAT 1
WARISAN SQUARE
JALAN TUN FUAD STEPHENS
88100 KOTA KINABALU
SABAH.

Calon yang akan menghadiri sesi temuduga terbuka di atas, sila bawa bersama borang permohonan jawatan kosong yang telah dilengkapkan di bawah berserta salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan Sijil Pelajaran Malaysia SPM, salinan lesen memandu dan lain-lain dokumen sokongan.




Enter your email address:

Delivered by FeedBurner