JAWATAN KOSONG PERBADANAN ASET KERETAPI - 11 OKT 2016 - JOB SEEKER 2020

0

Perbadanan Aset Keretapi PAK merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1992 di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463). Sebagai entiti awam, PAK bertanggungjawab menguruskan aset dan tanggungan liabiliti Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu KTM serta memajukan semula infrastruktur  keretapi dan membiayai pembangunan infrastruktur keretapi melalui sumber daripada aktiviti penyewaan dan pajakan tanah keretapi dan juga peruntukan dari kerajaan.

Seiring perkembangan semasa, peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk mengisi jawatan kosong Perbadanan Aset Keretapi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

  1. JURUTERA GRED J41 - 04 Kekosongan jawatan
  2. ARKITEK GRED J41 - 01 Kekosongan jawatan
  3. JURUUKUR BAHAN GRED J41 - 01 Kekosongan jawatan
  4. JURUUKUR GRED J41 - 01 Kekosongan jawatan
  5. PEGAWAI PERANCANG BANDAR J41 - 01 Kekosongan jawatan
  6. JURU GEOSPATIAL GRED J41 - 01 Kekosongan jawatan
  7. PEGAWAI TADBIR GRED N41 - 07 Kekosongan jawatan
  8. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 - 06 Kekosongan jawatan
  9. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29 - 04 Kekosongan jawatan
  10. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29 - 01 Kekosongan jawatan
  11. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29 - 01 Kekosongan jawatan
  12. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 - 19 Kekosongan jawatan
  13. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S29 - 01 Kekosongan jawatan
  14. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29 - 01 Kekosongan jawatan
  15. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT GRED F29 - 01 Kekosongan jawatan

Keterangan lanjut dan borang permohonan jawatan kosong di sini



Tarikh tutup : 11 OKTOBER 2016

Calon yang berminat, sila lengkapkan borang permohonan jawatan kosong di atas berserta sekeping gambar (ukuran  passport) dan perlulah dikemukakan bersama-sama sesalinan sijil-sijil yang telah disahkan iaitu sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan dan sijil-sijil yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon kepada alamat berikut :-

Pengurus Besar
Perbadanan Aset Keretapi
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Unit Pentadbiran
No. 29G, Aras Bawah, Blok B, Jalan TKS 1
Kajang Sentral Business Park
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Perhatian kepada pemohon, sila tulis nama jawatan kosong yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat permohonan anda.



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner