JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH MARANG - 22 DIS 2016 - JOB SEEKER 2020

0

Permohonan dibuka kepada Warganegara Malaysia keutamaan Rakyat Negeri Terengganu yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Marang. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 - 01 Kekosongan jawatan
  2. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19 - 01 Kekosongan jawatan
  3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 - 05 Kekosongan jawatan
  4. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19 - 03 Kekosongan jawatan

Keterangan lanjut dan borang permohonan jawatan kosong di sini



Tarikh tutup : 22 DISEMBER 2016

Calon yang berminat, sila dapatkan borang permohonan jawatan kosong (Borang MDM.TR.1 dengan harga RM2.00 senaskah) di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Majlis Daerah Marang.

Sila lengkapkan Borang MDM.TR.1 berserta gambar terkini berukuran pasport (tampal di penjuru kanan Borang Permohonan), salinan sijil kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip, dokumen-dokumen sokongan (SEMUA SALINAN HENDAKLAH DIAKUI SAH) dialamatkan kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MARANG
21600 MARANG, TERENGGANU.
(U.P : BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Perhatian kepada pemohon, sila tulis nama jawatan kosong yang dipohon di sudut atas sebelah kanan & tarikh tutup permohonan di sebelah kiri sampul surat permohonan anda.



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner