Temuduga terbuka Pekerja Sambilan Dewan Bahasa dan Pustaka 17 Okt 2019 - JOB SEEKER 2020

0

Dewan Bahasa dan Pustaka DBP telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor. Ia dahulu menjadi sebahagian kecil jabatan di bawah Kementerian Pelajaran. DBP bertujuan mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara yang akan merdeka pada ketika itu. Kini DBP beroperasi di bangunan ibu pejabat Menara DBP yang terletak di Kuala Lumpur.


Justeru untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 54 tahun serta berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Dewan Bahasa dan Pustaka DBP. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

  1. Pekerja Sambilan Harian (PSH)
  • SPM (19 Kekosongan)
  • Diploma (1 Kekosongan)
  • Gaji SPM (RM54 Sehari) dan Diploma (RM72 Sehari)
  • Lokasi DBP Ibu Pejabat dan DBP Hulu Kelang


Satu sesi temuduga terbuka akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 17 Oktober 2019
Masa : 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Lokasi :

i. Bilik Mesyuarat Tun Perak, Aras 29,
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

ii.Bilik Mesyuarat Munsyi Abdullah, Aras 29,
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.


Calon yang berminat, sila lengkapkan borang permohonan perjawatan di bawah dibawa bersama sijil ASAL dan SALINAN kad pengenalan, Diploma dan transkrip (bagi kelayakan diploma), SPM, Sijil Kokurikulum dan dokumen sokongan serta sekeping gambar terkini berukuran pasport semasa hari temuduga nanti. Sila berpakaian kemas temuduga.







0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner