Temuduga terbuka PTPTN 22 Okt 2019 - JOB SEEKER 2020

0

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN telah mula beroperasi pada 1 November 1997. di Bangunan Wisma Chase Perdana, Jalan Semantan, Damansara Height Kuala Lumpur. Tujuan penubuhannya untuk memberi kemudahan pembiayaan pendidikan tinggi dan mengutip balik pembiayaan, menguruskan skim simpanan serta deposit bagi tujuan pendidikan tinggi.


Seiring perkembangan semasa, peluang pekerjaan dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN. Kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah :-

Eksekutif Pemasaran

  • Penempatan : Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Negeri Sembilan (Akan  ditempatkan  dan  bertugas  di  Pejabat  Cawangan sekitar Negeri Sembilan)
  • Gaji : RM1,600.00
  • Sebulan Insentif : Komisyen berdasarkan prestasi


Sehubungan itu, satu sesi temuduga terbuka akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 22 Oktober 2019 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 4.00 petang (pendaftaran dibuka mulai 10.00pagi-12.00 tengah hari)
Lokasi :

Pejabat PTPTN Negeri Sembilan,
No. 1-L2, Seremban Gateway,
Off Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban NEGERI SEMBILAN.


Calon yang berminat sila bawa bersama borang perjawatan yang telah dilengkapkan dan salinan sijil dan sebagainya (rujuk keterangan lanjut di bawah). Sila hadir awal dan berpakaian kemas untuk temuduga.





0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner