IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG - JOB SEEKER 2020

0

Kerjaya UMP Ogos 2015

Universiti Malaysia Pahang UMP  merupakan universiti umum di Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia KUKTEM. UMP telah ditubuhkan pada secara rasmi pada 16 Februari 2002 di bawah Akta 1971 Universiti dan Kolej Universiti. Ia memberi fokus kepada universiti pengajian teknikal, khusus bidang kejuruteraan dan teknologi.

Seiring dengan perkembangan semasa, permohonan dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Universiti Malaysia Pahang. Jawatan kosong terbaru UMP yang ditawarkan ialah :-

1. JURUTERA (AWAM) GRED J41/44 - 01 Kekosongan jawatan
2. PUSTAKAWAN GRED S41 - 01 Kekosongan jawatan
3. PEGAWAI TADBIR GRED N41 - 05 Kekosongan jawatan
4. PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP41 - 01 Kekosongan jawatan
5. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 - 01 Kekosongan jawatan
6. PEMBANTU JURUAUDIT GRED W17 - 01 Kekosongan jawatan
7. PEREKA GRED B17 - 01 Kekosongan jawatan
8. PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B17 - 01 Kekosongan jawatan
9. PENYELIA ASRAMA - 01 Kekosongan jawatan
10. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 01 Kekosongan jawatan

Keterangan lanjut jawatan kosong terkini UMP di sini



 Permohonan jawatan kosong terkini secara online di sini


Tarikh tutup : 31 OGOS 2015

CARA MEMOHON

Calon yang berminat, sila buat permohonan secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, www.ump.edu.my. Kemudian, calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Atas Talian (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui laman web UMP). Ambil perhatian, permohonan yang tidak dibuat secara atas talian adalah tidak akan dilayan. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri atas muka hadapan sampul surat.

Permohonan yang lengkap mestilah disertakan dengan salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada :-



BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR)

0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner