IKLAN TEMUDUGA TERBUKA KEDAI BUKU SYARIKAT MUDA OSMAN - JOB SEEKER 2020

0

Iklan jawatan kosong Syarikat Muda Osman

Syarikat Muda Osman Sdn.Bhd. telah ditubuhkan pada 25 Ogos 1987 di Kota Bharu Kelantan. Objektif syarikat adalah membuka rangkaian kedai buku dan alat tulis serba lengkap yang terkenal di dalam dan luar Kelantan. Dengan kepesatan semasa syarikat menambah cawangan di luar Kelantan, kami membuka peluang pekerjaan kepada individu yang kreatif dan berinovasi untuk sama-sama menyertai pasukan kami.

Seiring perkembangan syarikat, permohonan dipelawa dikalangan Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Syarikat Muda Osman Sdn Bhd. Kerja kosong terkini yang ditawarkan ialah :-

1. PENYELIA

Tanggungjawab
  • Memimpin dan menguruskan operasi cawangan yang dipertanggungjawabkan
  • Memastikan staf mematuhi dan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh syarikat dari semasa ke semasa

Kelayakan
  • Minima diploma
  • Komited sepenuhnya terhadap tugas yang diberikan
  • Boleh bekerja syif atau pada hari cuti umum
  • Berpengalaman dalam bidang penyeliaan

2. PENOLONG PENYELIA

Tanggungjawab
  • Membantu penyelia operasi cawangan

Kelayakan
  • Berkelulusan sijil atau diploma
  • Berkepimpinan
  • Komited sepenuhnya terhadap tugas yang diberikan
  • Boleh bekerja syif atau pada hari cuti umum



3. PEMBANTU PERUNCITAN 

Tanggungjawab
  • Membantu bahagian jualan
  • Melayan pelanggan dan menyusun atur stok
  • Membantu pelanggan untuk membuat bayaran

Kelayakan
  • Berkelulusan SPM
  • Boleh bekerja syif, lebih masa dan hari cuti umum
  • Boleh berdikari dalam melaksanakan tugas sebagai pembantu jualan



Sehubungan itu, satu sesi temuduga terbuka akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 22 OGOS 2015
Hari : SABTU
Masa : 10.00 PAGI-3.00 PETANG
Tempat : 
SMO BOOKSTORES,
CAWANGAN BULUH KUBU,
101, JALAN BULUH KUBU,
15000 KOTA BHARU,
KELANTAN DARUL NAIM.

0 comments:

Post a Comment


Enter your email address:

Delivered by FeedBurner